Wednesday, 29 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014 SMK TUN MAMAT

 penceramah jemputan

pelajar-pelajar islam smk tun mamat

oleh sebab sekolah qema ada 3 bangsa utama, maka kelmarin ada 3majlis berlangsung kat sekolah.. pagi pelajar islam, kami adakan sambutan maulidur rasul... pelajar cina sambutan tahun baru cina dan pelajar india buat ala2 pesta ponggal... best kan kerja dalam suasana majmuk macam ni...leh tgk pelbagai aktiviti..

Thursday, 16 January 2014

hebatnya 'ISTERI' seorang pelaut :)


meleleh-leleh air mata baca menda ni dr fb en.suami.. moga2 kasih sayang kami berpanjangan walau selalu berjauhan...moga2 rezeki kami dari rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah swt... moga kami dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah... dan paling penting moga qema kuat semangat.... amin :)

kena mintak doa qema kuat semangat sbb qema ni luar je eksen hebat, padahal dalaman sgt lemah bila en.suami xdop.... kikiki...

Popia horlicks


salam, 
jom buat popia horlicks... ni versi resipi simple (boleh disiapkan sambil pejam mata) ok..kikiki.. xkisahla kan, janji buat dengan penuh kasih sayang :)

ok, bahan-bahan
1.  kulit popia
2.  putih telur (sbg gam)
3.  horlicks dan gula (dikisar)
4. minyak masak utk menggoreng

kulit popia

                                                             putih telur (sbg gam)

                                                   horlicks dan gula yang telah dikisar

ok, cara2nya sgt simple..dah nama pun resipi simple kan kan kan...

1. guling kulit popia
2. gunting gulingan kulit popia tadi (saiz sukahati)
3. goreng dan gaul dalam bahan yang telah dikisar
4. hidangkan (qema buat utk en.suami, jadi xde istilah hidang2 k.. terus masuk tupperware n    masuk kotak) esok akan terbang ke bintulu :)

                                                                              langkah 1


                                                                             langkah 2



langkah 3

















langkah 4


ok, sedia utk diterbangkan ke bintulu :)

Tuesday, 14 January 2014

KETUPAT SOTONG :)

Hari ni qema wat makan2 kat rumah ngan kawan2.. Rs nak makan ketupat soong versi kelate... Jd kami wat ramai2 la (3org) .. Beli sotong 1kg, santan, gula melaka, n daun pandan (amek dlm pasu)... Buat n makan ramai2 pastinya lagi best... :)





Saturday, 11 January 2014

Asingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa? Kenapa?

Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa!
gambar dari medjournalwatch.blogspot.com


Pendidikan seks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan seks.

Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.

Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan, pembuangan anak, seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil

Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”


Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah. Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.

Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu

I. Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka
II. Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
III. Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat

Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud

“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?

Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.

Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.

Saya ingin menarik perhatian ibu bapa diluar sana tentang satu peristiwa yang saya lalui sendiri.

Pada suatu hari, seorang guru datang menemui saya.

“Kak syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas saya selalu berkelakuan yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya. Saya dah cuba untuk menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap melakukan perkara yang sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.” Cikgu Ida memulakan cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar dengan teliti.

“Kelakuan yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah berdetap kencang, namun saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu tidak menambah kerisauan yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida merupakan seorang guru yang sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di tadika, pasti akan dibawa berbincang untuk menyelesaikannya.

“Dia buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita pun rasa malu.” Cikgu Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk mungkin tidak sanggup hendak menceritakan perihal anak muridnya itu.

“Dia buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida cakap ni. Demi kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih jelas. Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya terjemahkan.

“Mmm… Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la kak… Pelajar-pelajar perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya bimbang jika perkara ini berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya bimbang jika pelajar perempuan yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”

Saya mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada aduan beliau.
“Baru-baru ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja, kemudian tidak semena-mena dia mencium pipi seorang budak perempuan ni, pelajar-pelajar lain yang melihat kejadian ini menjerit-jerit memberitahu cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan tadi sudah menangis, mungkin terasa malu dan tidak selesa dengan kelakuan rakannya itu tadi.”

“Bila cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya terkulat-kulat memandang cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bercakap, cikgu –cikgu sudah menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari tadi. Nampaknya kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida menjelaskan kepada saya. Saya menelan air liur yang terasa pahit.

“Oh begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?” Saya bertanya lagi

“Mmm… Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”.. Ish akak, saya nak sebut pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah Cikgu Ida, malu. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak sekecil lima tahun sudah tahu perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar berulang kali.

“Berat juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan diselesaikan. Insya Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah dan bijaksana.” Saya menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah ini secara serius.

Selepas perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak meluangkan masa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa dia menyedari dia sedang diperhati.

Setelah beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya apabila saya bertanya : “Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di televisyen?”

Anak kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu saya sebentar lalu beristighfar panjang.

“Kamu tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya bertanya lagi

“Bilik ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain memanggil ibu bapa berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu sendiri terkejut kerana mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur sewaktu mereka ‘bersama’.

Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya. Na’uzubillah.

Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.

Yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, apakah caranya untuk memadamkannya?

Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya.

Jangan biarkan nasi menjadi bubur, kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal lagi.

Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta budiperketi Islam yang mulia.

Sehingga, apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh teladan yang mulia dalam kelakuan dan akhlaknya.

Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik dalam perhubungan seks. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam otaknya

Dan betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa keinginan kepada seks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan seks serta merasa kelazatannya.

Lantaran itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai peribadi Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk mata kita di dunia dan akhirat.

Wallahua’lam


Copy paste dr blog 'di bawah cahaya islam' :)


KURSUS PBS STPM 2014

Bermulanya hari-hari bz dlm kehidupan... Minggu ni dah stat berkursus, lepas ni dah stat tuisyen, latihan sukan, aktiviti ko-kurikulum..oooohhhh, moga masa berlalu pantas...ada lagi 5bulan 5hari :)

Hari ni, qema, kak fatin n cikgu faizal berkursus di SMK Ledang.. Kawan2 yang lain pun ada aktiviti di sekolah... Sume diarahkan hadir cz Tuan Pengarah Pendidikan Johor akan merasmikan Dewan Besar Tun Mamat sebelum beliau bersara :)



Monday, 6 January 2014

Pon pon pon :)

Sgt suka tgk gambar ni... N ni adalah impian 'kami'... Satu sudah tertunai (miss royale blue) ... Tinggal satu impian lagi yang belum tertunai.... Bila??? Xtahulaaaaa, kikiki.... :p

Sunday, 5 January 2014

SET KECANTIKAN by SHAKLEE

Vitamin Shaklee untuk wajah cantik berseri

Hai semua pengunjung setia blog SuperbVitamin. Semoga ceria selalu dan wajah cantik berseri. Berseri ke? Siapa yang tak cantik berseri sila angkat tangan!

Bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk mommy mommy yang sentiasa ingin cantik, vourge dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara rapi. Bukan untuk siapa pon. Untuk suami kita juga kan? Betul tak? Kalau selekeh jer dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun segan dan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri.

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
Menjaga kelembapan kulit
Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

Sebagai pelembap
Mencegah pigmentasi
Melambatkan tanda penuaan
Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
Mencegah penuaan
Menjadikan kulit lebih kenyal
Mencerahkan kulit
Menjaga kulit dari sinaran UV
Mengurangkan parut jerawat
Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
Menjadikan wajah lebih berseri


Friday, 3 January 2014

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Tahukah anda kalau ambil semua sekaligus.. kesannya juga akan berbeza dengan mereka yang mengambil mengikut masa yang disyorkan.. Kenapa?... kerana ada kesan kat kadar penyerapan.. kebiasaannya saya akan memberikan jadual makan kepada customer2 saya
The basic rule are:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) :
Seeloknya diambil bersama segelas air

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) :
Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) :
Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu

*APA YANG TAK DIGALAKKAN :
Elakkan pengambilan Alfafa bersama Vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E

Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas:

Selepas breakfast :
B Complex, Vita C, Vitalea

Morning tea break:
Minum segelas ESP (Kalau tiada ESP..boleh gantikan dengan Cinch Shake/ MealShake)

Selepas Lunch :
Alfalfa ( 3-6 biji) * yg ni ikut badan masing..sebab ada yang mkn 2 pg,2 ptg,2mlm..ada plak yg 3 pagi..3 ptg...

Afternoon teabreak :
Minum segelas ESP

Selepas Dinner :
Yang jenis berkapsul~Lecitin/Omega/Vitamin E (Jika Ada)

Sebelum tidur :
Ostematrix

* Jadual ni flexible yer.. bergantung kat individu masing2. ..cuma nasihat saya..... jangan mkn semua sekaligus...dan pastikan sehari pengambilan air putih adalah sebanyak 2liter sehari.. sebab tu saya pecah2kan ikut timenyer..

* utk pengambilan vitamin selain dari di atas.. insyaAllah saya akan berikan jadualnya ikut keperluan anda ...

B COMPLEX by SHAKLEE

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang
 
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*

•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

GARLIC COMPLEX by SHAKLEE

Kelebihan Garlic Complex sebagai pencuci darah


Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.


Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.

Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.

Jom kita tengok apa istimewanya GARLIC COMPLEX ni.


Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.
sumber: vitaminsemulajadi.com
Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee dalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.
 
Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

*Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.  


ADVANCE JOINT HEALTH TABLET by SHAKLEE

Vitamin untuk kesihatan sendi (tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia)

Bayangkan jika salah satu sendi gagal berfungsi, pastilah pergerakan jadi terbatas. Terutamanya kepada mereka yang aktif. Tak kiralah sama ada mereka yang aktif bersukan,  kerja yang banyak pergerakan  atau yang suka pada aktiviti lasak dan ekstrem kesihatan sendi wajib diambil serius. Jangan pandang enteng tau!

Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi dari yang mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tulang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Jom kita baca mengenai vitamin untuk kesihatan sendi

Advanced Joint Health Tablet Shaklee adalah makanan tambahan yang memelihara kesihatan sendi-sendi tubuh badan.  Dalam tubuh badan kita terdapat beberapa sendi yang sering bekerja bagi memastikan setiap pergerakan dapat dilakukan. Sendi-sendi badan adalah:
 
  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.     
Tulang rawan menyusut secara semulajadi seiring dengan peningkatan usia. Tekanan fizikal yg berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaaan sendi dan pergerakan terbatas. 

 Aktiviti biasa seperti membongkok, duduk dan berjalan menjadi begitu mencabar kepada mereka yang mengalami masalah sendi ini.  Pencegahan awal perlu demi masa depan kita. Sakit atau tidak bukan ukuran untuk kita tidak mendapatkan nutrisi sendi. Sendi kita semakin goyah seiring dengan peningkatan usia kita. Jadi sediakan payung sebelum hujan!

Joint Health Shaklee paling sesuai dijadikan buah tangan setiap bulan  kepada ibu dan ayah kita. So macam mana? Sayang tak emak dan abah kita?

OSTEMATRIX by SHAKLEE





Dengan Kalsium Ostematrix dari Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari Kalsium, tetapi lebih dari itu.
Kalsium Shaklee Ostematrix adalah Kalsium Terbaik di Malaysia.

Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :


1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik

Shaklee Ostematrix Membekalkan :


 1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.




LECHITIN by SHAKLEE


salam
Sekarang ni Lecithin menjadi sebutan dalam hal ehwal menguruskan badan, menurunkan kadar kolesterol, memecahkan lemak, dan sebagainya.
Namun, tahukah anda fakta lanjut tentang Lecithin?

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..
 
Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan .. contoh buat kek…yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans …dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin…dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean… .
  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan
*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari.. :-)


Thursday, 2 January 2014

Sekolah TANPA facebook :)

Hehehehhe... Tahun baru, azam baru, syarat pun dah baru daaaaaaa.... Tiada lagi facebook jika anda pengguna wifi sekolah..ahakssss, padan muka...lalalalalalall

Wednesday, 1 January 2014

Vita lea

Bismillah,
InsyaAllah saya akan berkongsi tentang Fungsi Dan Kebaikan VitaLea Iron Formula Shaklee dalam entri kali ini.


VITA-LEA ® IRON FORMULA
-------------------------------

Perbezaan Multivitamin Shaklee dengan Suplemen Lain:
---------------------------------------------------

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.


Tablet "Vita-Lea" ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.


Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


Manfaat Utama:
------------------
> Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

> Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

> Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

> Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.

> Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormone, serta menjaga kesihatan tirod.

> Melindungi Organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


--------------

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
---------------------------------------

> Vita A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

> Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

> Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

> Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

> Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

> Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

> Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

> Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

> Vita B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

> Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

> Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

> Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

> Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

> Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

> Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

> Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

> Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.

> Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

> Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.


-----------

KENAPA ANDA HARUS MEMILIH MULTIVITAMIN SHAKLEE?
---------------------------------------------------------------
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
tisu.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
merah.*


>> Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

>> Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

Ucapan dr dada lautan :(

Huhuhuhuhuhu.. Dah menitik nitik air mata..biarla gambar yang berbicara :(