SQ cinta
Monday, 26 May 2014
Sambutan hari guru peringkat sekolah
Makan2 PENGGAL 2/2014
Monday, 19 May 2014
SELAMAT HARI GURU CIKGU AQMA ;)
Sunday, 11 May 2014
SELAMAT HARI IBU
Amalan dan doa Nabi Zakaria ini kami petik dari ebook Rahsia Mudah Hamil dalam bab Doa & Amalan. Semoga ianya bermanafaat.
=====================================================================
Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati ada makanan di sisinya. Zakaria bertanya; “Wahai Maryam dari mana kamu dapat makanan ini?” Maryam menjawab; ”Makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab”
Demikian kuasa Allah yang ditunjukkan kepada Maryam. Nabi Zakaria sendiri tidak mempunyai anak, kerana isterinya mandul. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.
Kemudian Nabi Zakaria berkata: “Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.” Allah berfirman: “Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”
Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.
Firman Allah bermaksud: “Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh.
Doa Nabi Zakaria. a.s.
Surah Ai Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”
Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.
Qema copy paste dr blog.. mudahhamil.com
Moga2 kami tidak menunggu lama.. Amin :)
Saturday, 3 May 2014
Wednesday, 30 April 2014
CUWITTTTTTT 29th
Friday, 11 April 2014
brother 3043D
jom tgk ape yang qema tengah mengidam skrg.. nyumnyumnyum...